Kelebihan Menuntut Ilmu
Menurut Hadith , Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Abu ad-Darda’ r.a
Huraian
Pengajaran hadith:
i) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.
Ii) Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.
iii) Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama’ dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.
Sumber : Jakim
MUHASABAH DIRI
Bila kita rasa kita betul, tak semestinya orang lain tu salah.
Bila kita rasa kita baik, bukan maksudnya orang keliling kita semua tak baik.
Bila kita rasa kita bagus, kita hebat. Ramai lagi manusia dalam dunia lagi bagus, lagi hebat.
Nak menegur orang ada caranya.
Bila kita sendiri tak hormat, tak jaga hati orang. Don’t expect people would pay their respect on you.
Jangan sebab kita ‘tinggi’, kita boleh pandang rendah dekat orang lain.
Jangan sebab kita ‘tinggi’, kita tak payah hormat orang lain.
Hidup ini macam roda. Its all about karma.
Sekarang ni Allah bayar tunai!
Kalau kita buat orang, tak lama tu kita dapat balik.
Hidup ni jangan sombong!
Ilmu yang ada tu, jangan nak sombong sangat.
Bukan ilmu je. Apa pun yang kita ada sekarang ni, tu semua milik Allah.
Allah bagi pinjam je.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment