Wednesday, 26 September 2012

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS SK JENIANG

TARIKH   : 26 - 27 SEPTEMBER 2012
TEMPAT  : PSS SK JENIANG
 MASA     : 8:30 - 4:00 PETANG

Dengan kerjasama
PKG Gurun
PKG Yan

















Program Guru Penyayang


Program Guru Penyayang

السلام عليكم

Anda tahu apa itu Program Guru Penyayang? Adakah sekolah anak anda menyambut program Guru Penyayang ini?

Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar seawal 7.00 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Setiap pelajar akan bersalam dengan guru. Begitu juga waktu pulang, guru-guru akan beratur di pagar sebagai tanda menghantar pelajar pulang sambil mengingatkan pelajar agar hadir ke sekolah pada hari esoknya.

Sebenarnya, program ini bertujuan meningkatkan sifat kepedulian guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Tuesday, 25 September 2012

Kelebihan Menuntut Ilmu


Menurut Hadith , Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Abu ad-Darda’ r.a

Huraian

Pengajaran hadith:

i) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.

Ii) Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.

iii) Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama’ dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.

Sumber : Jakim

MUHASABAH DIRI

Bila kita rasa kita betul, tak semestinya orang lain tu salah.
Bila kita rasa kita baik, bukan maksudnya orang keliling kita semua tak baik.
Bila kita rasa kita bagus, kita hebat. Ramai lagi manusia dalam dunia lagi bagus, lagi hebat.

Nak menegur orang ada caranya.

Bila kita sendiri tak hormat, tak jaga hati orang. Don’t expect people would pay their respect on you.

Jangan sebab kita ‘tinggi’, kita boleh pandang rendah dekat orang lain.
Jangan sebab kita ‘tinggi’, kita tak payah hormat orang lain.

Hidup ini macam roda. Its all about karma.

Sekarang ni Allah bayar tunai!

Kalau kita buat orang, tak lama tu kita dapat balik.

Hidup ni jangan sombong!
Ilmu yang ada tu, jangan nak sombong sangat.
Bukan ilmu je. Apa pun yang kita ada sekarang ni, tu semua milik Allah.
Allah bagi pinjam je.

Wallahualam.

Sunday, 23 September 2012

MEMOTONG KENDERAAN DI LALUAN KECEMASAN... TARIKH KEJADIAN 21 OGOS 2012.

MEMOTONG BUKAN SEBAB HENDAK KELUAR EXIT 173.
Apa pandangan anda?

SALAH GUNA LALUAN KECEMASAN LAGI...

TARIKH KEJADIAN 21 OGOS 2012 .... JALAN CHANGLUN

Renungkanlah sikap pemandu seperti ini. Semua orang yang memandu di jalan raya, mahu sampai ke destinasi DENGAN SELAMAT. Kesesakan lalulintas adalah perkara yang biasa berlaku. KESABARAN penting, TOLERANSI penting.