Program Guru
Penyayang
السلام عليكم
Anda tahu apa itu Program Guru
Penyayang? Adakah sekolah anak anda menyambut program Guru Penyayang ini?
Program ini bertujuan menonjolkan kasih
sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar
seawal 7.00 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan
kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir.
Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak
kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Setiap
pelajar akan bersalam dengan guru. Begitu juga waktu pulang, guru-guru akan
beratur di pagar sebagai tanda menghantar pelajar pulang sambil mengingatkan
pelajar agar hadir ke sekolah pada hari esoknya.
Sebenarnya, program ini bertujuan
meningkatkan sifat kepedulian guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan
nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.